Friday 9 May 2014

JOM KE PORT DICKSON

1.0       PENGENALAN
Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri sembilan. Maksudnya Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, dan lain-lain keperluan.



Ia ialah kawasan yang kedua terkecil di Negeri Sembilan. Port Dickson menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari bandaraya untuk penduduk tempatannya berehat.


Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.

Port Dickson ialah sebuah bandar pantai peranginan yang terkenal terletak di Negeri Sembilan Darul Khusus. Bandar yang paling hampir ialah Lukut. Di Lukut terdapat Kota Lukut yang menempatkan kubu pertahanan warisan Sungai Ujong.Mukim-mukim di port dickson merangkumi Si Rusa, Telok Kemang, Pasir Panjang dan Linggi.

Ia terletak 32 km dari Seremban dan 60 km dari Kuala Lumpur. Dengan adanya Lebuh raya Seremban-Port Dickson, Hanya 3 jam Setengah Dari Singapura, warga Kuala Lumpur lebih mudah datang ke pantai Teluk Kemang. Harga tol RM3.20.
  • Port Dickson sempena nama Sir John Frederick Dickson, seorang pegawai British pada zaman penjajahan British.
  • Nama asal Port Dickson ialah Tanjung atau Tanjung Tin. Ini kerana muka bumi pantainya berbentuk tanjung kecil yang membolehkan kapal-kapal berlabuh.
  • Nama lainnya ialah Arang kerana ada kilang menghasilkan arang di hadapan pantainya.

Port Dickson terkenal kerana adanya pantai yang panjang dan indah dari Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar hingga ke Pasir Panjang. Pantai Teluk Kemang yang cantik ialah di Batu 8 dan Batu 7.
Pantainya landai, bersih, pasir putih halus dan dilengkapi dengan kedai makanan, bilik mandi dan tandas serta pondok-pondok rehat.


2.0       HOTEL
Terdapat banyak hotel, chalet dan resort dibina di Teluk Kemang dan di Port Dickson. Antaranya ialah Ilham Resort, PD Marina, Tanjung Tuan Beach Resort, Guoman,Tiara Resort, Corus Paradise Resort, Glory Beach Resort, Residensi Hotel, Hotel Costa Rica dan Hotel Sri Malaysia. Sewa hotel dari RM90.00 sahaja.




3.0       MAKANAN
Terdapat pelbagai jenis masakan makanan laut di Port Dickson yang sungguh lazat dan enak. Antara contoh jenis makanan laut ialah udang, lala, siput, ikan, telur puyu, sotong, dan ketam. Semua jenis makanan ini boleh didapati dengan segar dan cepat di seluruh pantai teluk kemang Port Dickson. Antara contoh kedai makanan adalah restorant sri mesra ikan bakar. Restorant ini sangat popular di sekitar kawasan Port Dickson.












Bukan itu sahaja, malah terdapat juga restorant Cina dan India di sekitar kawasan Port Dickson. Kesemua kedai makanan ini beroperasi sehingga 12 malam pada setiap hari. Pada hujung setiap minggu memang kawasan ini agak sibuk dengan pelancong.
4.0       PD MINI ZOO


PD mini Zoo ini terletak di kawasan Port Dickson yang berhampiran dengan pantai peranginan. PD Mini Zoo merupakan satu satunya zoo yang ada di Port Dickson dan terletak di KM15 Jalan Pantai, Port Dickson. Jarak dari Kuala Lumpur lebih kurang 90km dan memerlukan perjalanan selama satu jam 30 minit. Di sini pelbagai jenis binatang boleh dilihat untuk tontonan umum seperti kuda, unta, ayam, ular, monyet dan macam-macam lagi. Berhampiran juga terletak sebuah restoran yang juga merupakan sebahagian daripada zoo ini. 
5.0       TEMPAT BERKHEMAH
PD tepi pantai ada tempat yang dikhas sediakan untuk berkhemah. Bukan itu sahaja di batu 4 memang ada banyak kemudahan perkhemahan dan agak selamat untuk berkelah walaupun waktu malam. Lampu tiang ada di kawasan itu dan gerai-gerai makanan juga terdapat di situ manakala untuk mandi manda batu 4 tidak begitu selamat. Jika hendak mandi kita kena pergi ke batu 7 dan 8 yang dipanggil pantai teluk kemang. Ini kerana tempat ini selamat serta khas untuk bermandi manda.



Selain itu ada juga pelbagai jenis permaianan atau aktiviti yang seronok di laut seperti permaianan motor bot, menaiki bot pisang “banana bot”, dan lain lagi. Biasanya pada hujung minggu memang ramai pelancong datang ke PD dari negeri bersebelahan seperti Selangor, Wilaya Persekutuan, dan Melaka bersama keluarga untuk berkelah. Ada juga orang yang mempunyai kelab masing-masing juga hadir Pd untuk menengkan fikiran atau untuk mengadakan aktiviti mereka di tepi pantai.
6.0       PUSAT MEMBELI BELAH
PD bukan sahaja tempat untuk bermandi laut malah, ada juga pusat membeli belah di sekitar kawasan Bandar. Antara kompleks membeli belah adalah Billion, TF, dan The Store. Kita boleh mendapat semua jenis barang keperluan harian kita di sini tanpa pergi ke jauh. Bukan itu sahaja, terdapat juga sebuah tempat yang ada di tepi laut di tengah Bandar PD dinamakan PD Water Front. Tempat ini memang di sebelah laut dan sesuai untuk menjamu pelbagai jenis makanan segera. Antara kedai “fast food” adalah KFC, MC Donaald, dan Dominos.
Ada ruang pejalan kaki, restoran-restoran, kompleks beli-belah, taman pantai, jeti, kompleks perniagaan dengan lebih 60 lot kedai, hotel-hotel, tempat meletak kenderaan dan banyak lagi sedang dimajukan. Berikut adalah gambar-gambar PD Water Front:



7.0       BANDAR TENTERA DARAT
PD dinamakan Bandar tentera darat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 september 2009.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membuat pengumuman itu di sini berkata, langkah itu bagi mengiktiraf jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Darat yang banyak melahirkan rekrut baru di bandar itu. Kerajaan melaksanakan beberapa projek untuk memberi makna dan pengertian kepada penisytiharan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat.
Tentera Darat Port Dickson mempunyai kalendar pelancongan setiap tahun untuk aktiviti.































8.0       KESIMPULAN
Bukan ini sahaja, ada banyak lagi yang kita perlu tahu mengenai PD kerana ia adalah sebuah tempat yang sedang maju dengan konsep untuk meningkatkan peratusan pelancong ke PD. Jika hendak berkela maka kunjungi ke PD untuk meluangkan masa bersama orang yang tesayang dengan gembira. Antara satu satunya destinasi pelancongan yang memngandungi banyak perkara yang dapat membantu generasi muda untuk meningkatkan pengalaman.